Dec 16, 2011

A&N : Cabaran 50 Buku : (47) Igauan Maut

Igauan Maut
Ramlee Awang Murshid

ISBN: 9836245642
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tarikh Terbit: 1995
Halaman: 164
Harga: RM6.50

~ Rasaku… ~

Karya pertama RAM umpama masterpiece teragungnya. Di sini kita dapat melihat dan memahami bagaimana beliau memulakan langkah untuk terbang tinggi dalam bidang penulisan tanah air. Novel ini membuktikan bahawa tidak perlu mukasurat yang tebal untuk menjadi satu novel suspen thriller, cukup dengan gaya penceritaan dan pembentukan watak yang baik.

IM memaparkan kisah dendam akibat daripada tragedi ngeri yang berlaku pada September 1963. Kisah yang meragut seluruh keluarga Marlia yang terseksa kerana mengahwini Ali @ Miyakoto Sakurai. Ada pula segelintir penduduk kampung yang tak puas hati sebab masih ada lagi saki baki penjajah Jepun di kampung mereka. Akibatnya rumah Ali dan Marlia dibakar.

25 tahun kemudian, Mizah asyik histeria kerana dihantui mimpi yang sama. Sebuah rumah dibakar dan kedengaran suara orang merintih meminta tolong. Mizah bertemu doktor tetapi tiada perubahan. Alice, teman Mizah mencadangkan agar Mizah berubat secara kampung. Yang peliknya, bila balik kampung nak berubat, dah tak histeria dah.

Mizah bertemu Lipin; pekerja ayahnya yang membantu kerja-kerja Pak Kudu di kebun. Masing-masing rupanya ada kisah silam yang Si Mizah sendiri pun tak tahu dan sebenarnya kedatangan Lipin kat kampung tu pun ada kaitan dengan pedang pusaka dan juga dendam keramat.

Antara persoalan-persoalan yang bakal muncul di minda ialah mengapakah mimpi tersebut sentiasa mengganggu tidur malam Mizah? Apakah kaitan antara Jalil, Kudu dan Ajis dan siapakah anak kepada pasangan Marlia dan Ali yang sebenarnya? Yang paling penting pastinya nak tahu siapakah sebenarnya Lipin yang tiba-tiba muncul di Kampung Pasir Lama? Suspen kan? Muahaha… sama-sama la kita baca novel ni walaupun dah takde kat pasaran.

Novel ini memenangi tempat kedua dalam Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992, anjuran DBP dan hadiah Sastera Negeri Sabah bagi tahun 1994/1995. Tetapi aku pernah terbaca yang RAM sendiri mendapatkan novelnya ini dari jualan gudang DBP dengan harga serendah RM1. Apa serendah itukah nilainya? Sedangkan di luar sana ramai peminat RAM mencari karya pertama beliau ini untuk melengkapkan koleksi masing-masing. Alahai... DBP!

Ps: Kredit kepada Pei Pan :D

Happy reading (^-<)
Airina

0 comments: