Dec 20, 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (42) SINAR KASIH

SINAR KASIH
Penulis : Zihasra Aziz
Halaman : 428
Harga : RM 17.90
Terbitan : Buku Prima
Cetakan 1 & 2 - 2008


Secara ringkas :

Lili Zafira nama yang indah tapi kisah hidupnya tak seindah namanya. Dirinya yatim piatu yang hidup menumpang kasih dan mengharap belas ihsan daripada bapa saudaranya, Haji Adam. Tetapi kehadiranya tidak disenangi oleh emak saudaranya, Puan Zaiton dan sepupunya, Amira. Setiap perlakuan Lili Zafira pasti saja tak kena dimata mereka ini kerana Lili Zafira bukan saja seorang gadis yang cantik malah berperwatakan lemah lembut membuatkan mereka cemburu dan iri hati kepadanya.

Amira cuba memerangkap Lili kerana tak mahu kekasih hatinya, Zahir dirampas Lili. Jadi dia telah aturkan sebuah rancangan memerangkap Lili dengan seorang lelaki, Syamil Daniel yang kebetulan berada di kampung mereka atas urusan perniagaan. Disebabkan perangkap itulah telah menjerumuskan Lili dan Syamil ke dalam perkahwinan tak mereka ingini.

Syamil melayani Lili dengan kasar sepanjang perkahwinan mereka, tetapi Lili tetap sabar melayani kerenah suaminya itu. Hasil kesabarannya Syamil mula berubah perasaan terhadap Lili, dia dapat rasakan kasihnya kepada isterinya tu. Dikala semuanya berjalan dengan lancar timbul salah faham antara mereka. Salah faham yang menyebabkan Lili membawa diri jauh dari Syamil.

Ketika ketiadaan Lili, Syamil telah berkenalan dengan Fira seorang supermodel yang terkenal dan cantik. Syamil dapat rasakan sesuatu ketika berada bersama Fira. Fira pula semakin hari semakin mendampingi Syamil walaupun dia tau Syamil sudah beristeri. Muslihat apa pula yang Fira cuba lakukan? Adakah dia cuba hendak memusnahkan hubungan Syamil dan isterinya?


Komen saya :

Zahisra Aziz seorang penulis baru, bagi karyanya nie tak menghampakan tapi sedikit hambar. Jalan ceritanya terlalu klise kita dah boleh agak apa yang akan jadi selepas tu. Tetapi rangka cerita nie masih menarik idea yang penulis cuba terapkan dapat kita fahami.

Watak Lili Zafira pula digambarkan sebagai yang lemah-lembut dan baik hati serta memiliki paras wajah yang cantik bangkit selepas berpisah dengan suaminya menjadi seorang wanita yang lain, wanita yang lebih tabah. Bagi saya, saya suka dengan watak Lili dari wanita yang sering dibuli kepada wanita yang berjaya! Memang menarik. Cuma watak Syamil agak kurang berkesan di hati saya. Mungkin disebabkan saya tak suka watak lelaki seperti Syamil, sudah beristeri tapi masih nak keluar dengan perempuan lain.

Jalan cerita novel nie keseluruhannya agak tergesa-gesa, mungkin penulis boleh menambah baik lagi cara penyampaiannya.

XX Quotes : Boleh cuba baca. Ada jugak bahagian-bahagian yang menarik. =)

0 comments: