Dec 21, 2011

Azim : Cabaran 50 Buku : (5)Suami Yang Kubenci

E-Man Sufi
Karya Seni


Ulasan :

Memang selalu kita dengar dan baca novel yang bertemakan kahwin dengan lelaki lain yang bukan pilihan. Ya, memang! Tema sebegitu memang banyak ditonjolkan oleh novelis-novelis di dalam karya mereka. Tak salah sebenarnya tema tersebut ditonjolkan, tapi biarlah berpada-pada, jangan sampai pembaca termuntah pulak nanti.

SYKB ini juga tak lari dari memaparkan tema tersebut. Namun begitu, keunikan yang terdapat di dalam novel ini memberi satu tarikan kepada pembaca untuk membeli.

Salah satu tarikannya ialah Mak Cik Sari. Ini watak yang paling digemari! Mak Cik Sari merupakan ibu kepada Uwais Ukasyah, watak lelaki utama novel ini. Mak Cik Sari digambarkan sebagai seorang yang sporting! Dan juga mempunyai perwatakan yang kelakar. Suka karaoke, memberi gelaran Romeo and Juliet kepada Uwais dan Hannah, dan banyak lagi lah.

Selain itu, pembaca juga tertarik dengan 'binatang penghisap darah' yang ditonjolkan dalam novel ini. Pendek kata, pacat! Aku ketawa terbahak-bahak apabila Fawaz menangis sebab takutkan pacat. Lucu! Tapi, disebabkan pacat inilah, Fawaz bertemu jodoh dengan Batrisya, anak Pak Imam. Mulalah operasi dia nak memikat. Curi selipar Jepunlah, mintak jahitkan baju Melayu. Macam-macam lagilah.

Pendek kata. Novel ini mempunyai kekuatan, keunikan. Jadi, jangan lupa dapatkan Suami Yang Kubenci. Anda tidak akan menyesal dengan novel ini!

---
Azim

1 comments:

hud aikara said...

saya pernah tengok buku ni kat kedai tapi was-was nak beli sbb tajuknya yang saya rasa mcm dah dapat teka ceritanya. tapi bila baca ulasan ni macam menariklah pulak...hehehe...