Dec 19, 2011

A&N : Cabaran 50 Buku : (49) Antara Dendam dan Rindu


Antara Dendam dan Rindu
Rabihah Nur Ridhuan

ISBN: 9789670184685
Penerbit: Buku Prima Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 15 Mei 2011
Halaman: 528
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

Sweet tak cover ni? Sweet kan? Sebab tu tertarik dengan novel ni. Nasib baik juga ceritanya ok :D

Mariam Qistina tak pernah menduga hidupnya penuh derita. Sebaik sahaja kehilangan kedua ibu bapanya, dia dan adiknya; Irdina bukan sahaja menjadi yatim piatu tetapi hilang saudara dan harta. Andai sebelum ini hidupnya dilimpahi kemewahan tetapi semua itu lenyap dalam sekelip mata setelah permergian orang tuanya. Pak Long Sahak rupa-rupanya hanya berselindung di sebalik topeng kemanusiaannya. Semuanya menjadi mimpi ngeri sebaik sahaja Sahak mengambil alih hak penjagaan Qistina dan adiknya.

Qistina dilayan tak ubah seperti hamba abdi di rumahnya sendiri setelah Sahak sekeluarga pindah ke banglonya. Esah; isteri Sahak bukan main lagi bertukar watak. Terus jadi singa betina. Mendera Qistina dan adiknya tanpa belas kasihan. Sudahnya Irdina yang didera fizikal dan mental telah menjadi gila. Kemuncak episod penderitaan dua beradik ini apabila Qistina dipaksa menandatangani surat penyerahan harta kepada pak longnya. Kemudian, dengan rela hati si Sahak membenarkan Qistina membawa adiknya ke hospital dan mereka kemalangan. Tragis!

Kematian Irdina menyebabkan Qistina bangkit untuk membalas kembali derita yang pernah dilaluinya. Dendam kesumat itu membuatkan Qistina sanggup menukar identitinya. Berbekalkan nama Balqis, Qistina cuba menyusup masuk ke syarikat arwah ayahnya yang telah dirampas.

Dendamnya semakin mudah apabila Luqman Hakim iaitu anak Sahak tidak mengenalinya dan dia diterima bekerja di bawah Luqman. Luqman pula jatuh cinta pandang pertama apabila terlihat Qistina yang menarik. Qistina menerima lamaran Luqman tetapi berkahwin secara rahsia kerana Sahak dan Esah menentang hubungan mereka kerana Balqis yang sama rupanya dengan Qistina.

Apa kesudahan dendam Qistina? Tegarkah hatinya mengorbankan perasaan semata-mata kerana dendam kesumatnya itu? Ha, kenalah dapatkan naskah ini di pasaran ok!

Keseluruhannya cerita ini menarik dengan plot-plot yang disusun kemas. Cuma mungkin penulis perlu mengambil kira sama ada mahu mengekalkan nama Qistina atau memilih nama Balqis. Kerana semua itu menganggu perjalanan mood pembaca. Sekejap Qistina dan kemudiannya Balqis. Nampak simple but inconsistency will change the mood.

Happy reading (^-<)
Airina

0 comments: