Dec 31, 2011
KK: cabaran 50 buku : (50) Kot Putih
Tajuk :Kot Putih
Pengarang: Majlis Mahasiswa JUST
Terbitan: Majlis Mahasiswa JUST
Halaman:298 muka surat
ISBN: -
Harga: -
Kata Kulit Buku:
“oh, Irbid! Mekarlah engkau bersama penyambung generasi. Di sini aku belajar menjadi manusia. Di sini aku belajar mengenal manusia. Di sini aku belajar membentuk manusia…”
Buku ini menghimpun kisah-kisah yang dilalui oleh para pelajar Jordan University of Science and Techology, Irbid, Jordan. Lima hingga enam tahun mereka mengharungi liku-liku hidup demi mendapatkan segulung ijazah. Perjalanan hidup ini cuba diabadikan dalam 58 tulisan yang dikarang sendiri oleh mereka.
Irbid merupakan sebuah Bandar yang terletak 90 kilometer di utara Amman, ibu Negara Jordan. Bandar kedua terbesar ini dihuni kira-kira 660,000 orang penduduk termasuk 600 orang pelajar Melayu Malaysia.
“satu buku yang menarik, mempunyai 1001 erti ketika menelursuri pembacaannya, menyingkap 1001 perkara dalam kehidupan pelajar Perubatan dan Pergigian di Joran. Rencah pengalaman dan ilmu bersulam erat mencipta 1001 erti yang menghidupkan”
[Hilal Asyraf – Langit Ilahi-]
Kata KK:
Buku ekslusif di datangkan dari Jordan dari seorang kenalan atau juga sahabat KPJ. Buku terakhir untuk ulasan cabaran buku ini. takut juga untuk mengkritik atau komen buku ini. bukan seorang tetapi dua orang yang saya kenal juga menulis dalam buku ini.
Mahu ulasan yang baik-baik saja atau sebaliknya?
Saya berbelah bahagi. Mula-mula mahu kritik semua 58 karangan tu tapi terlampau pula rasanya. Lalu, saya ambil dengan membuat ulasan secara keseluruhan dan pembahagian kandung dalam buku ini. jangan orang Jordan jumpa blog saya. Habislah!
Mulanya,saya sangka ia seperti sebuah buku yang motivasi seperti chicken soup for the soul ataus seperti himpunan kisah-kisah para sahabat, tabi’, tab’iin. Tetapi tidak. Sama sekali berbeza. Itu memang menarik.
Buku ini dibahagikan kepada tiga, iaitu akademik, kehidupan dan masyarakat. Untuk bahagian akademik semestinya ia bercerita tentang kot putih. Tentang pengalaman seorang pelajar perubatan. Namun, 50% sahaja saya faham yang lainnya bahasa doktor. Mungkin pihat editor terlepas pandang meletakkan glosari untuk beberapa perkataan bahasa saintifik. Walaupun diterangkan untuk pembaca seperti saya yang kosong tentang ilmu perubatan mesti mahu tengok kamus. Untuk faham lebih lanjut.
Manakalah bahagian kehidupan ada yang menarik ada yang tidak. Ada juga pengulangan kisah walaupun penulis dan tajuknya berbeza. Masyarakat arab lebih menarik untuk dibaca berbanding masyarakat melayu di tanah Jordan itu sendiri.
Untuk seluruh 58 karangan itu ia bukanlah semuanya cerita tetapi ada juga lebih kepada sebuah artikel yang bercampur bahasa melayu dan inggeris. Sebab itu ia dikatakan karangan. Bukan buku motivasi atau himpunan cerpen. Tetapi bagi saya, saya lebih suka kepada penceritaan yang member inspirasi.
Dari 58 karangan juga, boleh saya lihat golongan yang pernah baca buku inspirasi atau motivasi. Golongan yang tahu dan pandai menulis walaupun mereka pelajar perubatan. Juga golongan yang sekadar ingin menulis.
Namun, terkilannya. Kisahnya mereka terlalu pendek. Purata minimum 3 muka surat setiap karangan. Malah ada juga yang bercerita tetapi cerita tidak habis. Juga menyekat pembaca untuk mengetahu sesuatu cerita dengan lebih lanjut kerana terlalu fokus denga tajuk yang ingin dibincangkan. Buat pembaca yang rasa sedikit termotivasi terus jatuh merudum semangat mereka.
Untuk akademik, saya suka dengan pengalaman mereka tetapi ada sesetengah karang tersebut terlalu padat sehingga tak tahu yang mana ingin dikongsikan. Prolog dan epilog sudah menarik tetapi isi ditengah-tengah perlu disusun dengan lebih teratur. Supaya saya seorang pembaca melihat ada perjalanan cerita disitu. Ataupun tidak perlu prolog dan epilog itu kalau ingin letakkan karangan yang berbeza.
Peranan penyunting dan editor bukanlah senang tetapi seorang editor juga perlu banyakkan membaca dan perbetulkan karangan-karangan ini supaya ia lebih menarik dan hebat sama seperti dengan bidang perubatan itu sendiri.
Apapun, untuk kenalan saya teruskan menulis. Saya akan menyokong. Muga sedikit ulasan ini membantu untuk meningkatkan lagi mutu Kot Putih untuk edisi akan datang. Senyum.
---
khaulah khalid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment