Penulis: Areila Sahimi
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
ISBN 978-967-5067-81-5
Harga: RM19.00 / RM22.00
M/S: 457
Cetakan 1 – Ogos 2011
Bos memang macam tu kan?
Apa sahaja yang dia katakan, kita wajib jawab, “yes,boss!”
Blurb:
Aryana…dia tidak pernah terfikir yang dia akan menjadi pembantu peribadi kepada lelaki yang menjengkelkan, berlagak bagus dan poyo (tapi boleh tahan kacak jugaklah). Tugas hakiki seorang pembantu peribadi tidaklah susah mana pun, tapi nasib dia yang mendapat bos seperti Ilham Irfan: selalu buat dia pening kepala. Setiap langkah bos…kena turut. Setiap rentak boss…kena ikut. Semua kena yes, boss!
Dan dia pun sama sekali tak pernah menyangka yang hatinya akan terpaut pada lelaki itu dan seterusnya membuatkan dia sering terluka.
Ilham…dia perlukan Aryana untuk tolong cover line bila dia tiada di pejabat dan tolong pastikan setiap temu janji dia dengan semua ‘teman tapi mesranya’ itu tidak bertindih di antara satu sama lain. Sebabnya? Dia selalu lupa dengan girlfriend yang mana satu dia patut keluar. Kerja-kerja pejabat yang lain, Aryana yang bijak tu sudah tahu apa yang dia patut buat. Seronoknya hidup bila ada pembantu naïf seperti Aryana yang tak pernah membantah. Cakaplah apa sahaja, Aryana pasti akan mengatakan: “Yes, boss!”
Dan bila Aryana tiada, hidup dia jadi tak keruan. Saat tersedar yang dia perlukan Aryana lebih daripada seorang bos yang memerlukan seorang pembantu peribadi, ada pula halangan yang menanti. Ah! Masakan dia perlu mengalah kepada tauke kolam ikan keli tu!
Kak Chik menukil:
Hubungan antara pembantu peribadi dan bos antara mereka awalnya penuh dengan bicara kasar dan jelingan tajam kerana Ilham tidak pernah tersangka abahnya akan memilih budak kampung yang memang bukan tastenya. Bukannya abah tidak tahu yang dia mahukan pembantu peribadi yang vogue dan up to date tetapi kenapa budak yang bertudung itu yang dipilih abah?
Aryana yang naïf selalu dijadikan mangsa oleh Ilham sama ada untuk mengendalikan temujanji dengan teman wanita bosnya yang berderet atau pun berdepan dengan segala tindakan dan desakan Datin Rokiah Kamsan yang mahu Ilham menamatkan zaman bujang. Aryana yang terlalu lurus bendul itu mengikut sahaja segala suruhan Ilham walaupun tidak termaktub dalam skop kerjanya.
Tatkala Ilham sudah terikat dengan Mellina, tahap kesabaran Aryana terletus jua. Aryana terlalu kecewa dan sedih apabila Ilham secara terang tidak mempercayainya sedangkan Mellina, tunangan Ilham itu mempunyai agenda yang tersembunyi.
Apakah ada jodoh antara mereka apabila Aryana mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan dan kembali ke kampung? Mampukah Udin, lelaki yang berjaya kerana cabaran Aryana itu menakluk hati Aryana? Tidak terkesankan kehidupan Ilham selepas ketiadaan Aryana di depan mata?
Sudut pandang KakChik:
Kak Chik suka dengan karya penulis ini kerana walaupun tema komedi romantic tetapi jenaka atau lawak yang ditonjolkan masih lagi boleh diterima dan tidak keterlaluan. Selain itu satu isu yang dijelmakan iaitu isu berkahwin semasa belajar (Sakinah – adik Aryana) boleh dijadikan iktibar untuk mengelakkan masalah remaja yang berlaku pada masa kini, namun secara terperinci Sakinah beruntung kerana berkahwin dengan lelaki dari keluarga berada dan sudah stabil dari segi kerjaya.
Sikap tolak ansur dalam keluarga Aryana juga merupakan satu eleman yang menjadikan karya ini nampak suci. Namun begitu watak Ilham terlalu ditonjolkan sebagai kasanova sehingga tidak terserlah langsung bakat kepimpinan sebagai ketua.
Kak Chik suka gaya bahasa yang digunakan penulis kerana ia segar dan mudah dihadam.
Bagi peminat novel yang sukakan komedi romantik sebegini memang tidak rugi untuk membeli naskhah ini.
LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
(^__^)
Dec 16, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
kak Chik,
Saya suka! Saya suka!
(pinjam dialog Mei Mei dlm Upin Ipin)
:)
Post a Comment