Dec 20, 2011

KK: cabaran 50 buku: (45) Arjuna Mencari Cinta

Tajuk:Arjuna Mencari Cinta
Penulis: Adlinz Alexandria
Terbitan: Jemari Seni sdn bhd
ISBN: 978-967-0201-20-7
Harga- RM 18.00 (Sem M’sia) / RM 20.00 (S&S)

Kata kulit buku:

Susahnya untuk jadi dewasa. Macam-macam kena fikir, itu, ini, dan terlebih-lebih lagi masalah cinta. Cinta pula cinta yang bersegi-segi. Siti Ezrina suka Nejad, tapi Nejad pula suka Vilma Faira. Antara mereka pula ada Nur Dalilah dan Iqram Muslimin. Lalu siapakah yang jadi pilihan Sang Arjuna Mencari Cinta itu!

“Siapa yang suruh kau bercinta? Setahu aku, di sekolah atau universiti pun pelajar tak belajar tentang cinta. Kalaulah cinta itu sangat penting tentu kerajaan akan wujudkan mata pelajaran Cinta.”

“Tapi Nejad dalam bahaya. Faira betul-betul nak rosakkan dia. Aku tak sanggup nak tengok semua ni.”

“Jadi, kau nak buat apa? Kau nak selamatkan Nejad? Kau ingat kau ‘superwoman’? Jangan buang masalah.”

Kalau berani bermain dengan api mesti berani juga tanggung sakitnya kena api.

*****

ADLINZ ALEXANDRIA, penulis lulusan jurusan Syariah Islamiah daripada Universiti al-Azhar, Alexandria ini menulis kerana percaya dengan tulisan, beliau mampu tebarkan rasa kasih dan sayang sesama manusia, supaya dunia akan penuh bercahaya.

Kata KK:

Hadiah kerana memenangi ulasan cabaran 50 buku yang mana boleh dikatakan sebagai hadiah hari jadi sebab saya terima ia bulan oktober. Hajat dihati mahu autograf dari penulis tapi tidak. *terkilan*

Pada awal cerita saya sedikit keliru, apa kaitan Dalilah dengan Nejad. Tetapi kerana ceritanya berlatarkan zaman sekolah. Zaman tingkatan lima. Mengimbau kembali pada zaman sekolah saya meneruskan AMC.

Ketika membaca saya hampir terlupa dengan tajuknya. Bila lihat kembali tajuk buku saya keliru. Mana Arjuna. Siapa Arjuna. Nejad adalah sang arjuna yang menjadi pilihan Siti Ezrina dan Vilma Faira. Adakah perempuan layak menjadikan Nejad sebagai Arjuna? Tidak, tetapi yang menjadikan Nejad sebagai arjuna bilaman diterangkan bahawa Nejad yang kacak, bergaya lagi tampan menjadi rebutan untuk dijadikan abang angkat dan dendam Vilma Faira. Tetapi bagaimana Dalilah berhubungkait dengan Nejad?

Setelah terjadi berbagai insiden yang berlaku pada Nejad, tiba-tiba sahaja Nejad baik dengan Dalilah. Kerana dia meminta nasihat Dalilah. Kerana dia mengulang balik SPM dan belajar bersama-sama Dalilah. Sebenarnya saya masih samar-samar dengan watak Dalilah. Yang pasti dan saya tahu adalah Dalilah pilhan Nejad. Itu sahaja.

Watak Nejad sebagai Presiden Badan Pengawas berperangai seorang arjuna sekolah agama tidak pernah saya temui. Mungkin di daerah yang penulis nyatakan ada di situ. Kerana seorang pemimpin sudah tentu seorang yang berkaliber dan sangat dikagumi serta menjaga disiplin dan imej diri. Adapun, mungkin di sekolah-sekolah biasa sahaja. Tidak di sekolah agama. Ini diakui dengan pendapat orang-orang yang juga membaca buku ini.

Mungkin saya dan pendapat orang-orang sekeliling keliru tentang tempat Dalilah dan Nejad melanjutkan pelajaran iaitu setahu saya, kemasukan ke USM tidak terus dengan sijil SPM tetapi dengan keputusan Matriks ataupun sijil STPM.

Keseluruhan cerita menarik dan kemas Cuma kerana beberapa keadaan seperti yang telah diulaskan tadi menganggu jalan ceritanya dan buat saya seperti O_o ….

---
khaulah khalid

1 comments:

nawwir said...

"Mungkin saya dan pendapat orang-orang sekeliling keliru tentang tempat Dalilah dan Nejad melanjutkan pelajaran iaitu setahu saya, kemasukan ke USM tidak terus dengan sijil SPM tetapi dengan keputusan Matriks ataupun sijil STPM."

Salam Khaulah Khalid, jawapannya ada pada muka surat 339, perenggan terakhir "... Begitu juga dengan Siti Ezrina, teman yang sudah melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa, mengambil jurusan Ekonomi dan kini berada dalam tahun dua...
Perbezaan umur mereka setahun jadi dengan kita tahu Siti Ezrina di tahun dua UIA makanya Dalilah sudah mengikuti program matrik sebelum memasuki universiti.