Penulis: Misdhiaz
Penerbit: Jemari Seni Publishing
ISBN 978-967-5118-45-6
Harga: RM17.00 / RM20.00
M/S: 361
Cetakan 1 – Ogos 2010
Blurb:
Someone!
Someone tu siapa?
Someone to love…is DR Luv…
Kasih Iris Arshad!
Nama itu terlalu istimewa; buat dia nanar suatu waktu dulu! Lalu nota-nota perak dia titipkan buat memecah ‘rasa’ si gadis. Momen indah itu selayaknya tercipta dengan kelainan yang abadi. Biarpun si gadis tidak mampu untuk dimiliki.
Silapnya dia terlalu bergantung pada naluri. Silapnya dia membiarkan gadisnya terus meneka dalam kesamaran.
Masihkah ada sisa waktu untuk mereka?
Aduhai hati,
Murahkan cintanya selama ini, miskinkah sayangnya pada dia. Atau dia sudah lelah menunggu? Lalu, akhirnya dia harus bagaimana?
DR Luv…
Suka itu tak semestinya cinta. Sayang itu tak semestinya kasih. Kepastian adalah tunggak segala penantian. Aku sedia menunggumu sehingga terbuka kata.
Kalau cinta, lafazkanlah!
Kristal. Kristal.
masih bergaung dalam hiba
saat mencari suatu petanda untuk bahagia
Kenapa dia harus suka dalam duka?
****
MISDHIAZ membongkar cinta daripada sanggar hatinya. MISDHIAZ membiarkan Kasih Iris mencorakkan dan mewarnakan Kristal Kristal mengikut gerak hati seorang perempuan yang ditinggalkan.
Kak Chik menukil:
Dia ditinggalkan tanpa pesan dan jejak orang yang pernah dia beri hati walaupun kata itu tidak pernah terluah antara mereka. Tetapi dia pasti ‘rasa’ itu ada buatnya lewat titipan nota-nota perak yang selalu dititip selama mereka berteman. Harus bagaimanakah dia apabila selepas dua tahun DR Luv kembali lagi, saat dia sudah terikat dengan janji bersama lelaki lain?
Walaupun janji yang diikat bukan dengan sepenuh hati, tetapi dia tidak pernah punya kekuatan untuk meleraikannya. Sedari awal dia tahu lelaki itu bukanlah lelaki yang terbaik untuknya. Namun dia selalu kalah lewat janji-janji manis yang ditabur.
Lara hati anak gadis ini makin meruncing apabila ujian datang lagi dengan pemergian Bang Long yang sudah bagaikan ibu ayah buatnya. Impian mahu memeluk umi juga tidak kesampaian sedangkan itulah mimpi-mimpi yang diayam lewat tahun-tahun yang berlalu.
Perjalanan hidupnya penuh liku walaupun dia memiliki kemewahan di sekeliling. Lalu kerana kasih sayang dan ‘rasa’ itu pada seseorang terbinalah Galeri Teratak Kasih. Nota-nota perak tetap setia terpamer di situ walaupun berpindah tuan.
Apakah bahagia itu hanya dengan memiliki atau bahagia tetap hadir dengan hanya melepaskan? Temui jalan penamat ‘rasa’ Kasih Iris yang sungguh puitis dan penuh simbolik.
warisan…
bebaskan aku dari rentak pembohongan ilmuwan…(Kristal Kristal: 255)
P/S: Terima kasih pada JS untuk hadiah Jom Lomba Baca Jun 2011.
LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
(^__^)
Dec 3, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment