Tajuk: Mahar Cinta Cinderella
Pengarang: Maya Iris
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd
Harga: RM 18 / RM 20
ISBN: 978-967-408-009-9
Halaman : 400 muka surat
Kata kulit buku:
Pertemuan pertama Nur Sayang dan Dr. Andrew bagaikan dongeng Cinderella. Doktor berbangsa Cina itu menyelamatkan jururawat pelatihnya dengan mneggunakan sepasang kasut. Walaupun Nur Sayang berasa terhutang budi, namun dia membenci Dr. Andrew kerana sering menggelarnya 'Islam Celup'.
Jiwa Nur Sayang juga tertekan apabila perkahwinannya dengan Kamil asyik tertangguh. Dia sedar dia bukanlah gadis pilihan ibu Kamil. Dia juga bimbang masa depannya dengan Kamil akan berakhir seperti nasib ibunya.
Dr. Ehsan muncul selepas Dr. Andrew gagal memurtadkannya. Dengan cinta yang sudah lama terpendam, Dr. Ehsan melamar Nur Sayang tetapi ditolak oleh gadis itu. Dr. Ehsan membawa rajuknya ke Palestin.
Lalu, Nur Sayang mengutip sisa-sisa hidupnya yang masih panjang bagi memperbaiki diri. Dia akhirnya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir. Di sana, dia terperangkap dalam Revolusi Mesir menggulingkan presiden.
Apakah cinta persis dongeng Cinderella berjaya membawa kebahagiaan lewat jam 12? Ataupun hidup ini tidak semestinya berakhir seindah sebuah dongeng?
Kata KK:
Entah kenapa pertama kali, terpandang kulit buku terus buat saya jatuh hati. Apatah lagi apabila membaca kata kulit buku bertambah jatuh hati saya padanya. Terus tanpa ragu saya mendapatkannya.
Kisah Nur Sayang seorang jururawat pelatih disebuah hospital telah menemukan dia dengan Dr. Andrew yang selalu memberi soalan cepu emas tentang Islam. Tanpa sedar, kerana soalan tidak diduga dari Dr. Andrew, Nur Sayang cuba memahami tentang Islam dengan memahami tafsir Al-Quran. Setiap masa terluang, Nur Sayang akan berkongsi ilmu yang baru dia pelajari dengan Dr. Andrew.
Akhirnya Dr. Andrew memeluk Islam. Namun Islamnya kerana sukakan Nur Sayang. Apabila rasanya ditolak oleh Nur Sayang, Dr Andrew jadi keliru. Keliru dengan agamanya. Lalu, dia membawa diri ke Palestine. Dr Andrew mempelajari kehidupan dan Islam. Begitu juga dengan Nur Sayang. Dia juga mengalami konflik dengan dirinya sendiri. Apakah Dr. Andrew mampu mempertahankan Islamnya? Apakah Nur Sayang menemukan dirinya? Bagaimanakah hubungan Nur Sayang dengan Dr. Andrew? MCC ada jawapan.
Keseluruhan cerita menarik dan perjalanan ceritanya sangat lancar sekali. Suka dengan MI kerana dia membawa pembaca dengan suasana di Palestine. Seperti yang semua tahu bagaimana keadaannya Palestine. Isu yang dibawa MI sebenarnya adalah berat tetapi MI mampu mengolahnya dalam MCC. Tentang syurga dan neraka. Tentang al-quran. Dan tentang palestin.
Sungguh, MCC benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam pada saya.
---
khaulah khalid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Assalamu'alaikum,
Saya sangat menghargai komen sdri ini. Komen sdri sekaligus meyakinkan saya, mesej yang hendak disampaikan berjaya dilakarkan dalam MCC. Jutaan terima kasih.
Post a Comment