Dec 25, 2011

Keputusan Cabaran 50 Buku : November 2011

Salam semua,

Mohon maaf atas segala kelewatan yang tidak dapat dielakkan :( Kak wan butuhkan waktu tambahan!! Dan juga tangan tambahan untuk menyudahkan kerja-kerja official & unofficial, on time! Dengan fizikal (kesihatan) yang sedang menguji ketahanan mental kak wan, kak wan sangat-sangat-sangat perlukan pengertian kalian semua andai janji-janji kak wan tidak dapat dipenuhi (publish keputusan dan pos buku di minggu pertama setiap bulan).

Kak wan masih berhutang buku bulan Oktober dengan para pemenang semua. Insyallah akan dipos setelah bukunya berada di tangan kak wan. Mungkin akan dipos bersama dengan buku untuk pemenang bulan November (jika buku untuk bulan November sudah siap di print - bermakna kalian akan dapat buku yang 'panas' dari 'oven'!) Insyallah doa-doakan semoga segala perancangan ini berlangsung tanpa ada halangan ya!

Oklah inilah senarai pengulas terpilih untuk bulan November.

1- Ain - Kemilau Mutiara Raudhah
2- Aimie - Aku Bukan Billy Milligan
3- A&N - Cinta Aku Seadanya
4- AS - Dikau Tidak Pernah Jauh
5- FHS - Dikau Tidak Pernah Jauh
6- KK - Tinta Elipsis
7- MB - Kasino
8- R - Sangkar
9- UA - Dikau Tidak Pernah Jauh
10-XX - Mencari Suami@JS.com


Tahniah! Tahniah! Tahniah!. Jangan lupa kita masih ada lebih kurang 2 minggu berbaki untuk menyempurnakan misi membaca 50 buah buku untuk tahun ini. Moga kalian semua dapat mencapai sasaran 50 buah. Dan kak wan berbaik hati memberi tempoh sehingga 31hb Disember untuk kalian menghantar ulasan-ulasan (supaya misi 50 buah buku tercapai).

Ayuh gandakan usaha...

Salam sayang,

5 comments:

aimie_afifah said...

KakWan,
Terima kasih atas kerja keras KakWan utk kami semua..tp kesihatan kena jaga juga..:) Moga KakWan sentiasa dalam redhaNya..

Alhamdulillah...rezeki masih ada utk saya..terima kasih panel penilai dan juga JS...

Tahniah juga utk pemenang yang lain...:)

RinnTisan said...

Kak wan, terima kasih atas masa dan tenaga. Semoga dikurniakan Allah kelapangan dan kemudahan. Amin :)

Wan Amalyn said...

Aimie..
Aminnn untuk doanya :)
& terima kasih juga kerana terus memberi sokongan pada kakwan *bighug*

Rinn..
Aminnn... aminnn... aminnnn
p/s : kakwan ada hutang berapa buku lagi ya dengan Rinn? sudah hilang count lah :(

airina said...

phewittt buku 'panas' dari oven... cayalah JS :))

Thanks JS & para panel penilai. Banyak yang telah dipelajari daripada C50B ni. Moga acara ini diteruskan untuk tahun-tahun mendatang.

Thanks Kak Wan :))
Congrats to others.

RinnTis said...

kak wan, oktober ngan novmbr blum sbb kta tak sempat jumpa. :) takpa nanti bila2 kt jumpa lah pass :) trima kasih :)